Sunday, February 21, 2010 '
Kumbang
Jika engkau kumbang,
seperti mana peribahasa mengisahkan diri mu,
aku tak mahu menjadi bungamu,
yang kau dekati lalu tingali,
sesudah kecantikan pudar lari,
aku mahu menjadi
madu yang engkau bawa sekali.
Jika engkau lautan masin,
aku tak mahu menjadi daratan,
di mana engkau menghempaskan airmu,
relaku menjadi garam didalam mu.
Jika engkau sehelai baju
yang tak bertukar ganti,
aku tak mahu menjadi seluarmu jua,
walau secocok mana,
dan sepadan mana,
aku mahu menjadi benang mu,
yang bersulam indah menjadi satu dengan mu.
Jika engkau mahu dekat padaku,
aku tak rela menjadi yang sementara,
aku mahu dekat yang lebih dekat,
seakan hidup terikat dengan cinta.
-Ms.Jaty-
-14feb2010-
Love faded away, @ 10:43 PM
Wednesday, February 3, 2010 '
Ini kamu
Hidupmu dipenuhi onak duri,
hatimu dipenuhi dendam khianat.
Jiwamu dipenuhi benang kasar
yang menyatukan jiwa robek,
matamu,
berkaca rindu.
Itu kamu yang aku
kenali,
itu juga aku,
yang baru ku sedari..
-3feb2010-
-Ms.Jaty-
Love faded away, @ 6:32 PM
Monday, February 1, 2010 '
Kesepian
Tatkala jiwamu dilanda kesepian,
aku datang membawa segumpal rindu,
antara perkenalan dan tawa,
aku jatuh cinta padamu.
Engkau yang teristimewa,
yang dahaga kasih sayang,
lihatlah diriku,
aku menanti satu cinta darimu..
-Ms.Jaty-
-1 feb 2010-
Love faded away, @ 5:11 PM